Sunday, February 6, 2011

Nota Hati Seorang Nisa'..

Ya akh,
Afwan...
Aku bukanlah nisa' yang mudah utk kau dampingi…
Aku juga bukanlah nisa' yang mudah membalas cinta si lelaki…
Aku bukanlah nisa' yang mudah beramah mesra dengan yang bukan muhrimku..
Aku bukanlah nisa' itu..
Kerana aku sedar aku harus menjaga diriku…
Hanya untuk yang bergelar zauj bagiku…

Ya akh,
Ana asifah kerana menolak permintaanmu…
Ketahuilah sesungguhnya aku menolakmu kerana engkau tidak halal bagiku..
Andai boleh aku ingin memberitahumu akan perasaanku…
Tetapi aku tidak mampu kerana syariat di hatiku…
Bagiku permintaanmu itu sungguh tidak berasas…
Adakah ini yang islam ajarkan kepadamu???
Mengapa harus kau langgar batas-batas indah pergaulan islam?
Mengapa harus kau sentuh hati-hati nisa' dengan cara yg salah?
Mengapa harus kau mengikut cara barat dengan mengajakku ber”couple”??
Mengapa???
Sedang kau mengetahui ia bukan jalan yang harus diikuti..
Tika itu hilang rasa hormatku padamu ya akh…

Engkau bersungguh-sungguh mengatakan engkau sayang dan cinta padaku…
Tapi tidakkah kamu mengetahui…
 ia sebenarnya mengajakku dan dirimu kepda perkara yang hanya menjebak diri kepada mendekati zina???
Inikah bukti cintamu???
Sungguh ia bagiku menjatuhkan maruahmu sebagai seorang lelaki…

Aku tidaklah memerlukan lelaki yang bijak bermadah kata…
Yang memberi janji itu dan ini…
Tapi cukuplah bagiku lelaki itu menjadikan islam sebagai cara hidupnya…
Yang sederhana dalam langkahnya di muka bumi ini,
Yang sederhana hidupnya,
Yang melebihkan akhirat dari dunianya…
Yang menjaga dirinya dari fitnah duniawi…



Aku hanya memerlukan lelaki sebegitu…
Dalam meniti hari-hari mendatang…
Tetapi ia tidakkan menjadi sebuah realiti…
andai aku hanya berharap tanpa usaha…
Apa yang harus dilakukan adalah memperbaiki diri…
Membuang karat-karat jahiliyah yang ada dalam diriku…
Berusaha menjadi yang lebih baik dan terbaik dari masa laluku…

Ya akh,
Alhamdulillah…
Syukur ke hadrat-Nya…
Tidak ku sangka penolakanku dari awal terhadapmu itu ada hikmah yang tersembunyi…
Teringat aku pada surah Al-baqarah:216…
“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu,
Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu..
Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”..
Ia bukanlah suatu yang sia-sia..
Kerana tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..
Tidak perlu ditangisi…
Kerana kini aku bahagia…
Cukup bahagia…
Kerana hatiku dimiliki...
Dimiliki sepenuhnya pemilik sang jiwa sejati....Ya Ilahi..

Aku harap engkau mengerti Ya akh…
Moga engkau belajar dari apa yang terjadi…
Allah telah menetapkan syariat untuk kita ikuti..
Maka, janganlah sesekali memilih yang selain dari itu..
Allah telah berfirman “Dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan
Dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedang kamu mengetahuinya”… (2:42)
asif..

Seperti air sungai yang mengekalkaln sifat tawar biarpun bertemu dengan air laut yang masin..
air laut yang tetap masin biarpun bercampur dengan air sungai yang tawar di muara.. Firman Allah:

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
{Surah Ar-Rahman : Ayat 19 dan 20}

Bukankah itu perumpamaan yang jelas utk kau fahami wahai kaum Adam?

nota ini adalah apa yang ada di hati seorang yang bergelar nisa'..
sekadar perkongsian..

dipetik dr ukhti,
Sharifah Alattas,
4 feb,2011

Anda Bijak Jauhi Zina!!!!!jadi,katakan TIDAK pda ZINA!!!!!!
"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

T.E.RU.S. & T.E.R.U.S. M.E.N.C.A.R.I. C.I.N.T.A. I.L.A.H.I.

No comments:

Post a Comment