Sunday, August 29, 2010

PuiSi CiNta BuatMu Ya Rabb....

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUIMu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanMu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatMu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba..

Cinta..
Menyebut namaMu takkan pernah jemu..
MengingatiMu takkan pernah lupa..
MemujiMu takkan pernah rapuh..
JanjiMu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu..
Aku hidup kerana cinta itu..
Aku mati kerana cinta itu..

Cukup bagiku cintaMu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padaMu..
Aku cinta pada takdirMu..
Aku cinta pada jalanMu..
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

Wednesday, August 25, 2010

Duhai Hati, damaikanlah dirimu, bahagiakan pemilikmu.....

Duhai hati
 Damaikanlah dirimu
Bahagiakan pemilikmu
janganlah engkau menurut kata penat
kerna perjuangan ini perlukan semangat
difikirkan penat pasti membawa lelahnya jasad
ingat wujudmu perlu untuk berjihad
bukannya lelah melayan hasad


Duhai hati,
Damailah dirimu,
Bahagiakan pemilikmu,
biarkan tomahan itu ringan ibarat debu
akan berterbangan dibawa angin lalu
atau mengalir pergi ibarat air
moga terhakis sehingga dosa terakhir


Duhai hati
damailah dirimu
bahagiakan pemilikmu
biar dia tidak punya seisi semesta
biar dia bukan bidadari dunia
kerna dambaannya hanya di syurga
menghadap kekasih yang Maha Esa...

Saturday, August 21, 2010

Permulaan sebuah coretan tinta hati....

Alhamdulillah...diberi kesempatan untuk memulakan coretan tinta hati....juga berkongi serba sedikit ilmu mahupun pengalaman yang berjaya diperolehi dlm perjalanan mencari redha jua cinta Ilahi....