Friday, March 18, 2011

K.E.M.B.A.R.A. H.I.D.U.P. T.A.K. S.E.L.A.M.A.N.Y.A. I.N.D.A.H.




Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang kuidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layakkah pula aku untuk ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata


video


andai hidup diberi perumpamaan,

-H.I.D.U.P. I.N.I. U.N.T.U.K. M.E.N.C.A.R.I. M.A.T.I. Y.A.N.G. S.E.M.P.U.R.N.A.-


p/s : Have a feeling of running away from everything..but it won't solve anything, keeping my head thinking about the E.N.D.L.E.S.S. R.O.A.D...

-“ Rabbi Yassir wa la tu'assir. Rabbi tamim bil khair -

Friday, March 11, 2011

E.N.D.L.E.S.S. R.O.A.D. W.O.U.L.D. I.T. B.E.


Jalan ini...
Jalan penuh onak duri..
Jalan ini..
Jalan yang tak pernah sepi...
Jalan ini..
Jalan yang penuh pengorbanan..
Jalan ini..
Jalan yang memerlukan sepenuh kekuatan..
Jalan ini..
Jalan penuh pengharapan..
Jalan ini..
Jalan menuju rahmat ALLAH..
Jalan ini..
Sentiasa ditemani tangis sepi...
Jalan ini..
Jalan penuh rintihan hati..
Tapi..
Usah bimbang duhai hati, usah gusar..
ALLAH sentiasa di sisi...

                          J.A.L.A.N. I.T.U. A.D.A.L.A.H. J.A.L.A.N. M.E.N.U.J.U. A.L.L.A.H.



T.E.R.T.U.T.U.P. S.A.T.U. J.A.L.A.N. T.E.R.B.U.K.A. S.A.T.U. J.A.L.A.N. B.A.R.U.
If you asked me how long is the road towards heaven
I would tell you,
Endless road would it be....

-“ Rabbi Yassir wa la tu'assir. Rabbi tamim bil khair -
O Allah, make it easy, and do not make it difficult. O Allah, make it end well.