Saturday, February 19, 2011

.....


Tidak tahu
Tidak faham
Tidak mengerti,
Apa yang terjadi,
Hanya ALLAH yang tahu...Hanya ALLAH yang mengerti...
Dia yang menciptakan segalanya,
Segalanya sudah tertulis dalam suratan kamus kehidupanku...

Senyum pada wajah tak bererti gembira,
Garis senyum tak bererti tiada duka,
Tawa tak bererti tidak pernah kecewa,
Tak mahu insan di sekeliling terheret sama dalam kedukaan,
Biarlah senyum ini, tawa ini jadi pengubat kedukaan mereka di sekelilingku,
Biar semuanya ditelan..
tidak tersisa pada pandangan..   

Diri ini bukan insan kamil,
Diri ini insan biasa,
Punya hati, Punya jasad, Punya bicara, Punya jiwa,
Punya rasa ingin sendiri..butuh waktu untuk mengenali diri...

m.e.m.a.k.s.a.  h.a.t.i.  k.u. t.e.r.u.s.  b.e.r.s.e.n.d.i.r.i.

Terciptanya perasaan sedih
Saat Nabi Adam a.s dan Siti Hawa diturunkan ke dunia,
Tercengang bersendirian Nabi Adam,
Kesedihan mengenang nasib dikeluarkan dari syurga yang penuh kenikmatan,
Terjatuh dalam lubuk dosa yang kelam, suram...
Mengembara dalam kegelapan...
Atas muka bumi yang sungguh asing buat dirinya...
Mencari sinar kemaafan dari Yang Maha Esa...

Pernah juga diri bertanya,
Mengapa keluargaku yang diperlakukan sebegini?
Mengapa perlu pilih jalan untuk menyakiti keluargaku?
Mengapa?
Mengapa?
Tidakkah engkau tahu bahawa sihir itu dikurniakan buat mereka yang kafir wahai saudaraku?
Tidakkah engkau tahu?

Jangan kau sakiti ibu bapaku,
Cukup kau sakiti daku,
Jangan kau sakiti adik-beradikku,
Cukup kau sakiti daku,
Cukup....cukup..

Saat bersendirian,
Pada satu sudut, memikirkan segalanya,
Teringat pada datuk dan nenek,
Teringat pada abang,
“Kekandaku Mohd. Sidek b. Zainal Ariffin...nantikan kami sekeluarga di pintu syurga..insyaALLAH..”
Seakan ada suara halus membisikkan,
“Sesungguhnya ALLAH sedang mengujimu wahai insan...”
“ALLAH menyayangimu...”
Teringat pada kalam-kalam yang dipegang selama ini,
“ALLAH itu lebih dekat dari urat leher kamu..”
Tuhan..
Ubudiyyah hamba ini untuk mencari jalan pulang
Menggali kembali ketenangan
Menyelongkar semula keyakinan dalam perjuangan
Izinkan hamba TUHAN..
Izinkan diri ini mencari jalan pulang
Buka kan hijab kasihMU seluas-luas nya tanpa batasan
Agar tak pernah lupa Engkau sentiasa memandang..

 ::Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :
"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.


Tanpa sedar air mata ini mengalir...


‘Pada jalan yang lurus, jangan Kau kaburkan mataku..
Pada jalan yang berliku, moga Kau luruskan hatiku,
Pada jalan yang sepi, jangan Kau biarkan diri ini bersendiri...’

H.A.T.I. I.N.I. I.N.G.I.N. T.E.R.U.S. B.E.R.S.E.N.D.I.R.I.
-Titipan seorang faqirah-

1 comment:

  1. sedihnya baca luahan hati saudari..
    duhai saudari,
    ketahuilah,ujian yg dikurniakn
    bukanlah bertujuan utk menjatuhkanmu...
    tapi sebaliknya utk membangkitkan dirimu,
    melatih dirimu menjadi setabah Sumayyah...
    ujian yang dikau hadapi,
    bukanlah sia-sia...
    tetapi utk membangkitkn imanmu,
    seandainya engkau berfikir...
    duhai saudari,
    seberat mana ujian yg kau hadapi,
    sedahsyat mana dugaan yang engkau tempuhi,
    xtertanding dek dugaan yg dihadapi oleh Rasulullah S.A.W...
    ana faqirah..
    segala mehnah ujian yg membebanimu,
    bukanlah Tuhan membencimu,
    tapi hakikatnya Allah sangat menyintaimu.
    Allah merindui mendengar rintihan hamba2-Nya.
    tabahlah dan sabarlah.
    dan yakinlah janji2 Allah.
    ketahuilah duhai saudari.bukanlah engkau bersendirian..
    kau punya ibu bapa,adik beradik sanak saudara,rakan taulan.
    Assobrul jamil,kan =)
    byk2kn berdoa.inshaALLAH.

    ReplyDelete