Wednesday, December 22, 2010

Bila Hati dan Akal Bicara Cinta....

Assalamualaikum w.b.t,
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Entri kali ini dipetik dari artikel yang saya perolehi dari laman web iluvislam...
Tiap bait2 perbualan hati dan akal sangat mencuit hati..mari sama2 kita renungkan..

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba.
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?  
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?      
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
Which oF ALLAH's Favors Can We Deny??

Saturday, December 18, 2010

Duhai Jasad yang Merintih....

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Kesakitan menjengah lagi....
Senyum...........
teruskan tersenyum walaupun diri dirundung kesakitan yang teramat....
andai kesakitan itu dapat dilindung dengan sebaris senyuman.....(^-^)

teringat kata-kata ustaz time form2 dulu...
"...sakit pun nikmat dari ALLAH...itu salah satu cara ALLAH nak hapuskan dosa2 kecil kita...."
Mungkin ALLAH nak hapuskan dosa2 kecil kita...saya kembali tersenyum mengingati ayat-ayat itu...

teringat lagi...flashback kata-kata ustaz...
"..tengok ustaz, kalau ustaz sakit pun ustaz tetap senyum..." ..memang betul ustaz selalu senyum dan akan senyum walaupun masa tu ustaz sakit.....(^-^)..kata-kata semangat!!~

Ya ALLAH...
Andai benar kesakitan yang Engkau turunkan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa hambaMu yang lalu....hambaMu sanggup....walau berkali-kali......



Pernah juga saya terfikir,
Macam mana kesakitan yang mak pernah lalui untuk lahirkan kami adik-beradik?....nescaya...sedikit pun tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan yang saya lalui...

Ya ALLAH..
KAU lindungilah kedua ibubapaku dalam naungan rahmat & kasih sayangMu.....

Teringat lagi masa masih tinggal dekat rumah dengan mak abah...
Kalau demam,mak tolong jagakan...
segala makan minum masa sakit...mak yang suapkan....
Kalau demam teruk..mak jaga sampai tak tidur malam...berulangkali mak usap dahi...mak cium dahi...
abah sanggup keluar tengah malam sebab nak beli ubat....

sekarang ni....susah sakit dekat asrama..sendirian...
nasib baik abah dah ajar ubat apa yang nak dimakan kalau sakit.....banyak ubat yang abah bekalkan dekat asrama....
Terima kasih MAK ABAH...~


innalahama'ana....
teruskan tersenyum walaupun pahit sakit......(^-^)




                                        
Jangan Pernah Merintih.....Belajar Untuk Menerima Kesakitan~

Friday, November 26, 2010

Hikayat Wanita Sufi....RABIATUL ADAWIYAH..Perindu Cinta ILaHi....

Assalamualaikum w.b.t,
Mari kita telusuri hikayat hidup seorang PERINDU CINTA ILAHI, luasnya ilmu beliau menjangkau alam makrifat..
Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Beliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran Kota Basrah di Iraq. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu, kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari, dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup waraq serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan Al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi Al-Quran sehingga berjaya menghafal kandungan Al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!”

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.”

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.”

“Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu, dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredhaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh Syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredhainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat* kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.


* Maslahat: sesuatu yg berfaedah (berguna), usaha yang mendatangkan faedah

Friday, November 19, 2010

Pelaminnya Syurga, Maharnya Nyawa...Cerminan Indah AINUL MARDHIAH..

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsbt).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

AL-Kisah Cerminan Indah Ainul Mardhiah:
Ainul Mardhiah yg bererti 'mata yg diredhai' adalah bidadari yg sangat rupawan di kalangan bidadari-bidadari yg lain. Dia telah diciptakan oleh Allah SWT utk seorang pemuda yg mati syahid.

Suatu pagi di dlm bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi targhib(ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat utk sahabat-sahabat berjihad pd agama Allah). Rasulullah SAW telah berkata bahawa sesiapa saja yg keluar berjihad di jalan Allah dan tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dikurniakan seorang bidadari yg paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga iaitu Ainul Mardhiah.

Apabila mendengar ucapan Rasulullah SAW itu, seorang pemuda yg masih muda belia ingin mengetahui betapa cantiknya bidadari yg telah Rasulullah sebutkan itu. Oleh kerana pemuda itu berasa malu kpd sahabat-sahabatnya yg lain, dia agak keberatan utk bertanyakan hal ini kpd Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, dia akn tetap keluar berjihad bersama-sama Rasulullah.

Telah menjadi sunnah Rasulullah SAW utk tidur sebentar sebelum tiba waktu Zohor. Maka pemuda itu pun tidur bersama-sama jemaah tadi. Di dlm tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dgn seorang lelaki yg berpakaian bersih lagi cantik dgn muka yg berseri-seri, di suatu tempat yg sungguh indah. Pemuda itu pun bertanya "Di manakah aku sekarang ini?" Lalu lelaki itu memjawab "Inilah syurga." Kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya utk berjumpa dgn Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjukkan ke suatu arah. Maka berjalanlah pemuda itu megikut arah yg ditunjukkan lalu bertemu dgn sebatang pohon dan seorang wanita yg amat cantik. Pemuda itu tdk pernah melihat kecantikan seorang wanita seperti itu di dunia . Dia pun memberi salam lalu bertanya, "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?" Wanita itu pun menjawab, "
Bukan... Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dlm singgahsana."

Pemuda itu pun berjalan dan memasuki satu mahligai yg cukup indah dan bertemu dgn seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari wanita yg pertama tadi. Wanita itu sdg mengelap permata-permata hiasan di dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi, "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?" Lalu wanita itu pun menjawab, "Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di mahligai sana." Lalu pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu. Kemudian sampai ke satu mahligai.

Di situ dia melihat seorang wanita yg berganda-ganda cantiknya dari wanita yg pertama dan wanita yg kedua. Wanita itu berkata kpd pemuda itu, "Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan utk kamu dan kamu diciptakan utk aku." Pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata kpd pemuda itu, "Kamu tdk boleh mendekati diriku krn kamu belum syahid lagi." Pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya. Dia lalu menceritakan segala yg dimimpikan itu kpd sahabatnya. Namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan mimpinya itu kpd Rasulullah SAW.

Di sebelah petangnya, pemuda itu telah keluar utk berjihad dgn Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yg lain. Takdir telah menentukan pemuda itu gugur syahid. Ketika semua jemaah pulang ke masjid utk menantikan waktu berbuka puasa , sahabat pemuda yg gugur syahid itu pun bangun dan merapati Rasulullah SAW. Dia telah menceritakan kpd Rasulullah perihal sabatnya yg gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sdg bercerita, Rasulullah hanya menjawab, "Benar."

Kemudian setelah sahabat itu selesai, Rasulullah SAW berkata kpdnya, "Memang benar apa yg kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sdg menunggu utk berbuka puasa di dalam syurga."

Wallahualam.


RIWAYAT BIDADARI SYURGA~(^-^)



Thursday, November 18, 2010

Teruskan Berdoa....Keep On Praying For He'll Always Be There...

Assalamulaikum w.b.t.,

SOALAN:Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT.

--------------------------------

JAWAPAN:Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat.

Tiada doa yg tidak terdengarkan olehNya, Tiada Perbuatan Yg bisa Tersembunyi DariNya......
Wallahua'lam.

Thursday, November 11, 2010

Siapa Dia Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Assalamualaikum w.b.t,

Setelah kita tahu siapa Ahlul Bayt Nabi Muhammad SAW dan signifikan majlis haul dalam catatan alfaqir sebelumnya,sekarang mari kita telaah mengapa kita harus mencintai dan mengikuti jejak langkah ajaran ahlul bayt Nabi SAW.Mari kita mulai dengan keistimewaan yang Allah SWT berikan pada mereka.Ahlul bayt memiliki keistimewaan dari Allah bukan karena dirinya tetapi kerana dalam darah ahlul bayt ada darah Rasul yang mulia, darah daging Rasul ada pada keturunannya,sedangkan segala apa yang ada pada rasul itu istimewa dan khusus sehingga keturunan Beliau SAW juga mempunyai keistimewaan dari Allah SWT.

Allah SWt berfirman,yg bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu (wahai Muhammad SAW) dialah yang (nasab/keturunannya) terputus." (QS.AlKautsar:3)

Dari Zain bin Arqam berkata Rasulullah bersabda: "Amma ba'du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba Allah. Utusan Tuhanku (Malaikat Maut) hampir tiba dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah Kitabullah (Al-Quran) , di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya". "Dan ahlul-baitku. Aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku".(Shahih Muslim).

Allah SWT berfirman :

"Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak minta pada kalian penghargaan atas risalah ini, kecuali kecintaan kalian pada keluargaku" (QS Assyuura 23).

Hadis Al Hakim berasal dari Zaid bin Arqam r.a.,

".. Mereka (ahlul bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)"

Ad-Dailami meriwayatkan hadis dari Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: "Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku"


Hadis riwayat At -Thabarani dan lain-lain: "Belum sempurna keiimanan seorang hamba Allah sebelum kecintannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri".

Ibnu 'Abbas RA berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Cintailah Allah atas kenikmatannya yang diberikanNya kepadamu sekalian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku karena mencintaiku"

Allah SWT berkenan melebihkan para Imam Ahlul Bayt keturunan Nabi Muhammad SAW kepahaman dalam urusan agama dengan ketekunan mereka dalam beribadah dan sifat lembut lagi jujur disertakan akhlaq yang mereka ikuti dari para pendahulunya hingga kepada Rasulullah sebagai suri Tauladan yang secara turun temurun didikan akhlaq mereka dlm keluarga diterapkan begitu ketat dan istiqomah.sebut saja diantara mereka,diantaranya Imam Ali bin Abi Thalib, Imam Husein ra, Imam Hasan ra, Imam Ali Zainal Abidin Assajjad ra, Imam Muhammad Al Baqir ra,Qutbul Ghauts Assayyid Al Imam Abdul Qadir Aljailaniy quddusullah,juga Al Imam Abul Hasan Asyadzili rahimahullah, dan banyak lagi.

SIAPA DIA AL-HABIB ABDULLAH BIN ALWI AL-HADDAD
 Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu. 

Al-Habib pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku”.

Walaupun Al-Habib (radhiAllahu ‘anhu) sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata “aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah kerana alangkah ne’matnya kelazatan (al-uns) bersama dengan Allah”.

Pada permulaan perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para solihin, menziarahi pusara para ulama’ dan auliya’. Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut ‘Masjid Al-Hijriah’ dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi. Al-Habib sering membaca Surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak. Keadaan demikian sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya “Disinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib”. 

AKHLAK DAN BUDI PEKERTI 

Al-Imam Al-Haddad (rahimahullah) memiliki perwatakan badan yang tinggi, berdada bidang, tidak terlalu gempal, berkulit putih, sangat berhaibah dan tidak pula di wajahnya kesan mahupun parut cacar.

Wajahnya sentiasa manis dan menggembirakan orang lain di dalam majlisnya. Ketawanya sekadar senyuman manis; apabila beliau gembira dan girang, wajahnya bercahaya bagaikan bulan. Majlis kendalian beliau sentiasa tenang dan penuh kehormatan sehinggakan tidak terdapat hadhirin berbicara mahupun bergerak keterlaluan bagaikan terletak seekor burung di atas kepala mereka.

Mereka yang menghadhiri ke majlis Al-Habib bagaikan terlupa kehidupan dunia bahkan terkadang Si-lapar lupa hal kelaparannya; Si-sakit hilang sakitnya; Si-demam sembuh dari demamnya. Ini dibuktikan apabila tiada seorang pun yang yang sanggup meninggalkan majlisnya.

Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pembesar, beliau memberi haknya sebagai pembesar; kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya. Apatah lagi kepada Si-miskin.

Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kaseh sayang serta penuh rahmah; tanpa melalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan “Tiada seorang pun yang berada dimajlisku mengganguku dari mengingati Allah”.

Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat, perbincangan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama ada yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara perkara yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah. Apa yang ditutur hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat untuk muslimin, serta rayuan kepada mereka dan selainnya supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut menyoal hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerana yang demikian adalah tidak wajar; sewajibnya masa diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat sahaja. Silalah bincang perihal keduniaan dengan selain dariku.”

Al-Habib (rahimahullah) adalah contoh bagi insan dalam soal perbicaraan mahupun amalan; mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Al-Muhammadiah yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani sebarang urusan dengan penuh keadilan dengan menghindari pujian atau keutamaan dari oramg lain; bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang masa. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelusuk kampung sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak pernah putus semata mata mencari barakah Al-Imam. Tidak terputus pengunjung bertamu dengan beliau pada bulan mulia ini di rumah perkampungan beliau di Al-Hawi.

Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, nescaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi, sesungguhnya permulaan agama ini tidak akan terdiri melainkan dengan kelemahan Muslimin”.

Beliau adalah seorang yang memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk dari yang selainnya serta tidak pernah merasa marah. Kalaupun ia memarahi, bukan kerana peribadi seseorang tetapi sebab amalan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan”.

Al-Imam amatlah menegah dari mendoa’ agar keburukan dilanda orang yang menzalimi mereka. Sehingga bersama beliau terdapat seorang pembantu yang terkadangkala melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kemarahan Al-Imam. Namun beliau menahan marahnya; bahkan kepada si-Pembantu itu diberi hadiah oleh Al-Habib untuk meredakan rasa marah beliau sehinggakan pembantunya berkata: “alangkah baiknya jika Al-Imam sentiasa memarahiku”.

Segala pengurusan hidupnya berlandaskan sunnah; kehidupannya penuh dengan keilmuan ditambah pula dengan sifat wara’. Apabila beliau memberi upah dan sewa sentiasa dengan jumlah yang lebih dari asal tanpa diminta. Kesenangannya adalah membina dan mengimarahkan masjid. Di Nuwaidarah dibinanya masjid bernama Al-Awwabin begitu juga, Masjid Ba-Alawi di Seiyoun, Masjid Al-Abrar di As-Sabir, Masjid Al-Fatah di Al-Hawi, Masjid Al-Abdal di Shibam, Masjid Al-Asrar di Madudah dan banyak lagi.

Diantara sifat Al-Imam termasuk tawaadu’ (merendah diri). Ini terselah pada kata-katanya, syair-syairnya dan tulisannya. Al-Imam pernah mengutusi Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Aidarus. “Doailah untuk saudaramu ini yang lemah semoga diampun Allah…” 

IBADAH DAN MUJAHADAH 

Tiada siapa yang pernah menyatakan Al-Imam bersolat walau satu waktu bersendirian, atau tidak solat di awal waktu, sembahyang dalam situasi yang tergapah-gapah, atau meninggalkan qiamullail. Diantara sifat mulianya Al-Imam ialah tidak berbicara ketika menunggu waktu solat dan amat marah jika ada yang cuba berkata-kata di waktu itu. Bahkan beliau menegahnya serta memberi amaran kepada sahabatnya dari menegurnya ketika waktu tersebut. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Imam dengan katanya: “Kami keluar dengan penuh menghadhirkan diri dan meninggalkan segala kerunsingan”.

Dan tegasnya lagi: “Kami tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang solat sunat An-Nawaafil (solat sebelum dan selepas sembahyang fardhu) kecuali setelah hati kami benar-benar hadhir dan iqbal (menuju) kepada Allah”.

Al-Imam amat memeliharai amalan solat Ar-Rawaatib. Doa-doa serta wirid-wiridnya yang ma’thur dari amalan Raul S.A.W. termasuk mendirikan solat Ad-Dhuha sebanyak lapan rakaat dan solat Al-Isyraq sebanyak empat rakaat sebelumnya, solat Al-Awwaabin sebanyak dua puluh rakaat selepas sunat maghrib; dimana Al-Imam menyempurnakan empat rakaat sebelum setiap salam. Di waktu subuh pada hari Jumaat, Al-Imam berjemaah solat Fajar di masjid Al-Jame’ seterusnya beri’tiqaf sehingga solat Jumaat demi mendapat keutamaan berawal-awalan untuk solat tersebut.

Al-Imam juga amat sedikit tidur, sekadar merehatkan diri sahaja. Kebiasaan Al-Imam melambatkan solat witir sehingga hampir fajar; ini disebabkan Al-Imam tidur sedikit (qailulah) selepas solat-solat qiamullail. Kemudian barulah berwudu’ untuk solat witir sebelum subuh. Beliau sentiasa berzikir seumpama ‘La ila ha illallah’ yang terlalu banyak jumlahnya sehinggalah tidak pernah berhenti; Al-Imam membiasakan dirinya dengan ini walaupun diundang perbualan dengan sesiapa.

Al-Imam juga memperbanyakkan puasa, terutamanya pada hari yang diutamakan iaitu Isnin dan Khamis, Ayyaamul Baidh (hari ke 13, 14 dan 15 tiap-tiap bulan), hari ‘Asyura; hari ‘Arafah, enam hari dalam bulan Syawwal; sehinggalah terhentinya amalan ini apabila Al-Imam sudah berumur dan lemah.

Adapun pada bulan Ramadhan, Al-Imam telah menjelaskan kepada para sahabatnya “Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan amal, perkurangkanlah/tinggalkan sementara ilmu semata-mata untuk beribadah dalam bulan ini”. Seterusnya dapat dilihat orang-orang yang ramai mengurangan kelas-kelas ilmu kecuali selepas Asar, sebagai peringatan beliau kepada sahabat-sahabat yang utamakan amal bersungguh-sungguh dan membersihkan dalaman (batin).

Walaubagaimanapun Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya ianya dijadikan tauladan kepada yang lain. Kata Al-Imam: “tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja, walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya’ (disebabkan orang mengetahui amalan aku). Ingatlah sebagaimana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan tentang perkara ini berlandaskan firman Allah (yang bermaksud) “Sama sekali aku tidak memuji diri ini dengan kebaikan, maka ketahuilah sesungguhnya inilah yang mendorongkannya kepada perbuatan buruk”.

Al-Imam juga telah menegaskan: “sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul S.A.W.

Al-Imam juga sering menziarahi Nabi Allah Hud, selawat dan salam keatasnya dan Nabi kita; dimana makam Nabi Hud terletak di Wadi Hadramaut. Sebanyak tiga puluh kali Al-Imam telah menziarahinya, kesemuanya pada bulan Sya’ban. Al-Imam telah pergi berjalan kaki bersama-sama sanak saudaranya, kaya dan miskin. Kebiasaannya Al-Imam berada dimaqam itu selalunya di waktu maghrib dari 12 haribulan hingga 15 haribulan Sya’ban. Dalam perjalanan ke sana, Al-Imam sering singgah di Ainat untuk menziarah As Syeikh Al-Kabir Abu Bakar bin Salim dan As-Syeikh Ahmad bin Al-Faqih Al-Muqaddam. Al-Imam juga menziarah maqam Basyar selepas solat Asar setiap hari Jumaat dan hari Selasa. Al-Imam menjelaskan: “pada mulanya, kebiasaan kami menziarahi Basyar ialah pada setiap hari Jumaat, tetapi setelah diantara sahabat kami bertemu Al-Faqih Al-Muqaddam dalam mimpinya dimana dia berkata: katakan kepada Al-Sayyed Abdullah Al-Haddad: “Ziarah Basyar pada hari Jumaat sahaja tidak memadai”; maka berdasarkan itu kami menziarahi juga Basyar pada hari Selasa juga”. Sebenarnya sebelum Allah menzahirkan kemuliaannya dan orang ramai berpusu-pusu kepadanya, memanglah Al-Habib menziarahi Basyar setiap hari Selasa.

Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad S.A.W., keluarganya dan sahabatnya serta selawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya. 



Sekadar Perkongsian, 
Ma'assalamah..~(^-^)

Tuesday, November 9, 2010

Siapakah Golongan Haba'ib,Ahlul Bayt....Majlis Haul?Pengisiannya?

Assalamualaikum w.b.t,
Setelah buat pertama kalinya mengikuti majlis Haul Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani, golongan yang dicintai junjungan mulia Rasulullah S.A.W. hati kecil ini tertarik untuk menukil tinta mengenai golongan haba’ib, golongan ahlul bayt.
  Kita sering mendengar istilah "Ahlul Bayt Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam" dari dahulu lagi dan status mereka (Ahlul Bayt) di zaman kini seakan-akan tiada diberi perhatian yang khusus sebagai rujukan terbaik Sunnah Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam.

Mari kita kongsi maklumat :-

1) Apakah yang dimaksudkan oleh istilah "Ahlul Bayt" itu?

2) Mengapa Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam menekankan peri pentingnya Ahlul Bayt ini beserta bukti-bukti yang kukuh?

3) Apakah kelebihan mereka sehingga mereka sebegitu istimewa di sisi Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam?

4) Bagaimanakah untuk mengenali Ahlul Bayt itu?

5) Apakah mereka itu sebahagian dari silsilah Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam?

sabda Nabi sallalahu 'alaihi wasallam :

    "Amma ba'du, Perhatikan! Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia (seperti kalian) yang sudah hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, lalu aku menyambut. Dan, aku tinggalkan pada kalian dua hal yang besar; Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala (al Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpedomanlah dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan berpegang teguhlah dengannya."



Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menggalakkan kepada kita untuk berpedoman dengan Kitab ALLAH subahanahu wa ta'ala dan menyukainya.

Kemudian Baginda bersabda,

    "Dan semua keluargaku; aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku." Lalu Saidina Husain radiyallahu 'anhu bertanya, "Siapakah keluarga Baginda sallallahu 'alaihi wasallam wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda sallallahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga?" Dia (Zaid radiyallahu 'anhu) menjawab, "Isteri-isteri Baginda sallallahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi, keluarga Baginda sallallahu 'alaihi wasallam adalah orang-orang yang haram menerima sedekah." Saidina Husain radiyallahu 'anhu bertanya kembali, "Siapa mereka?" Dia menjawab, "Keluarga Saidina Ali radiyallahu 'anhu, keluarga Saidina 'Uqail radiyallahu 'anhu, keluarga Saidina Ja'far radiyallahu 'anhu, dan keluarga Saidina Abbas radiyallahu 'anhu" . Saidina Husain radiyallahu 'anhu bertanya, "Semua mereka ini haram menerima sedekah?" Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) pun menjawab, "Benar."

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 366; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlmn 1873).
Segalanya berdasarkan kepada ayat Ath-Thathhir (Penyucian) di dalam surah al-Ahzab: 33 yang berbunyi


                                        
اِنمَّاَ يُريِدُ اللهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهِيرا
"Sesungguhnya Allah bermaksud semata-mata mahu menghilangkan dosa dari kalian semua wahai Ahlul Bait dan menyucikan kalian sesuci-sucinya"

Ahlul Bait adalah perkataan bahasa arab yang bemaksud ahli rumah atau keluarga. Pengertian ini menunjukkan kepada ahli keluarga Nabi s.a.w tanpa sebarang pengecualian samada yang kafir atau sebaliknya. Dari itu, dapatlah disimpulkan bahawa pengertian Ahlul Bait dari sudut bahasa
ini tidak sesuai untuk dijadikan ukuran dalam perbahasan ini. Seterusnya, dapat juga dirumuskan bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan Nabi merupakan individu-individu pilihan Allah dan Rasul-Nya.

Sebuah hakikat yang tidak mungkin akan dinafikan oleh sesiapa bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan di dalam ayat Thathhir tersebut adalah Nabi s.a.w, Ali bin Abi Thalib, Fatimah az-Zahra`, Hasan bin Ali dan Husein bin Ali.

Para ulama tafsir berserta hadits-hadits yang meriwayatkan tentang kenyataan ini sangat kuat dan jitu. Lebih kurang 24 orang para sahabat yang telah mengakui kebenaran ini. Diantaranya imam Ali, imam Hasan, imam Husein, Abdullah bin Ja`afar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Anas bin Malik, Sa`ad bin Abi Waqqas, Abu Hamzah dan Mughaffal.

Sementara para ulama Sunni diantaranya Jalaluddin as-Suyuthi asy- Syafi`ie – pengarang tafsir ad-Durul Mantsur – telah membawakan periwayatan mengenainya sebanyak 20 riwayat. Hal ini dilakukan juga oleh ath-Thabari – penulis tafsir Sunni pertama – dan Ibnu Katsir. Kedua-dua mereka telah mencatat dalam karya tafsir masing-masing tidak kurang dari 15 riwayat dari rantai sanad yang berbeza.

Ahlul Bait yang Allah s.w.t sebutkan dalam ayatNya tersebut adalah sebagai menunjukkan kepada satu golongan keluarga Nabi yang terpilih dari bilangan mereka yang besar. Ahlul Bait kalau dalam ertikata bahasa memang bermaksud keluarga Nabi tapi demi untuk membezakan antara keluarga Nabi yang suci dan tidak maka Allah s.w.t menyebutnya di dalam al-Quran dan memerintahkan nabi menunjukkan siapakah gerangan individu pilihan tersebut.
Hakikatnya, sebab utama Allah s.w.t memilih kalangan keluarga Nabi s.a.w untuk disucikan kerana mereka bakal menjadi gandingan al-Quran sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
يا ايُّهَا النَّاس اِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُم مَا اِنْ أخَذْتُمْ بِهِ لَن تَضِلُّوا: كِتاَبُ الله وعِترَتِي أهل بَيتِي

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku"

MAJLIS HAUL IMAM Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad 
Majlis ini diadakan untuk memperingati peninggalan seorang Mujaddid Islam abad kedua belas Hijrah, All-Habib Abdullah bin Alawi bi Muhammad Al-Haddad atau nama ringkasnya Imam Al-Haddad. Beliau terkenal sebagai sesorang yang mengandungi ilmu yang luas lagi bermanfaat. Bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan kepada sesiapa sahaja tanpa batasan zaman atau umur. Kehilangan daya penglihatannya dari umur empat tahun telah digantikan Allah SWT dengan kebolehannya yang luar biasa menyerap ilmu dan meyebarluaskannya
Apa faedahnya kita menghadiri majlis haul ni? Maka jawabnya, banyak faedahnya. Pada ghalibnya, acara yang berlaku di dalam majlis haul adalah:
Membaca dhikruLlah secara beramai-ramai, sepertimana ketika haul Imam al-Haddad akan dibaca Wirdullathif dan Ratib al-Haddad
Membaca Yasin atau mengkhatam al-Quran dan pahalanya dihadiahkan kepada shohibul haul
Membaca manaqib shohibul haul,
Dapat duduk bersama ulama dan mendengar nasihat dan peringatan daripada mereka
Membaca petikan dari kitab-kitab karangan shohibul haul, dan banyak lagi....
Sekian sahaja nukilan buat tinta kali ini, insyaALLAH akan disambung dalam kalam seterusnya....
Wabillahitaufiq walhidayah.....ma’assalamah....~(^-^)

Monday, November 8, 2010

Kuliah Hati...

Pasrah segalanya..

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Ya, seringkali kita ditimpa musibah, fitnah, tohmahan dan pelbagai macam kesusahan....tetapi ingatlah bahawa setiap ujian itu juga datang daripada ALLAH untuk menguji hamba-hambaNya,

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja dengan) mengatakan : Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
                                                                                                                                      (al-Ankabut :2-3)

ALLAH menguji bukan bermakna Dia membenci. Bahkan itu tandanya orang itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian. Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar, itu yang dikatakan ibadah.

ALLAH tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Begitu juga dengan kesedihan, Dia tidak akan menimpakannya pada seseorang kecuali seseorang tersebut mampu menghadapinya.

Jadikanlah musibah sebagai wadah untuk mendapatkan manfaat yang banyak.Dengan demikian, mudah-mudahan kesedihan anda boleh bernilai ibadah, maka bersabarlah atas musibah yang menimpa anda.

Kesabaran merupakan rangkaian yang tersusun daripada ibadah lain, seperti tawakkal, rela dengan keputusan ALLAH dan bersyukur kepadaNya.

Dengan demikian, ALLAH akan menggantikan kesedihan anda dengan kebahagiaan di dunia sebelum kebahagiaan di akhirat kelak. Ini kerana, sesiapa yang memenuhi hatinya dengan kerelaan terhadap keputusan & ketetapan  ALLAH, maka dia tidak akan pernah mengeluh atas setiap musibah yang menimpanya. Demi ALLAH, hal ini merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Tidakkah anda memerhatikan wajah orang yang beriman??? Bukankah wajah mereka selalu tersenyum bahagia meski dilanda bencana?

Jadilah orang yang bijak, sebab kehidupan dunia tidak selamanya mulus. Selesai satu musibah maka musibah lain pula yang akan datang menghampiri anda.

"Nilaian yang buruk hanya pada pandangan insaniah,

tetapi pada ALLAH S.W.T,
setiap perkara yang ditakdirkanNya pasti terselit kemanisan dan hikmah di sebaliknya...."
" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaALLAH....~(^-^) "



Friday, November 5, 2010

Tazkirah hati...

Assalamualaikum w.b.t.,

seandainya dirimu tidak mampu menjadi lilin yang menerangkan
cahaya,maka janganlah pula kamu menjadi hembusan angin yang
memadamkan cahaya..Kikislah kekecewaan didalam sanubarimu
dan tegakkanlah ketuanan Islam yang sejati..

kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian dia datangkan
pula guruh dan kilat,puas kita menangis mencari mana matahari,
rupa-rupanya allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

don't walk in front of me,i won't follow.
don't walk behind,i may not lead.
walk beside me,be my friends forever

mengingati teman tanda persahabatan,
mengingati mati sumber keteguhan iman,
mengingati akhirat semulia-mulia ingatan &
mengingati Allah nadi ketenangan...

pesan cendekiawan Luqman al-Hakim kpd anaknya "jika ada 5 perkara terhimpun
dalam diri seseorang iaitu agama,harta,rasa malu,akhlak yang baik
& kedermawanan,maka ia adalah suci,bertakwa,kekasih Allah dan
terhindar dari syatian"

Seandainya ada insan yang menganiaya atau menyakiti kita, amalan yang mulia adalah membalasnya dengan kebaikan dan senyuman... Allah ada untuk berlaku adil..


Kerana kasihMU padaku ujian kau titipkan tanda ingatan, kerana sayangMU padaku mehnah kau anugerahkan sebagai pedoman..

Saat yang lain menjauh, KAU masih setia di situ, mendengar keluh-kesah hatiku, mendengar segala luahanku, mendengar rintihan dan ratapan hatiku, mendengar doa-doaku, permintaanku.

Dalam mencari cintaMU, kadang² aku penat dan lelah, tapi KAU tak pernah lelah menanti, kerana kasih dan sayangMU padaku hambaMU. KAU tak pernah jemu dan kau sentiasa setia disisi.

Yang susah dimiliki itu sesuatu yang berharga...kerana itu cintaMU adalah cinta yang hakiki.. cinta yang paling berharga antara semua cinta di dunia.

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

tangan yang memberi bunga mawar pasti akan berbau harum~(^-^)

Sintesis Cinta Ilahi...

MENCINTAI DALAM HENING

Duhai gadis, maukah ku beritahukan padamu bagaimana mencintai dengan indah?Inginkah ku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu..Maka dengarlah..


Gadis, Saat ku jatuh cinta..Tak akan ku berucap..Tak akan ku berkata..Namun ku hanya akan diam..


Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan.Tak akan ku menggoreskan..Yang ku lakukan hanyalah diam..

Aku tahu, cinta adalah fitrah..sebuah anugrah tak terperih..Karena cinta adalah kehidupan.Karena rasa itu adalah cahaya.Aku tahu, hidup tanpa cinta, bagaikan hidup dalam gelap gulita..Namun.. Saat rasa itu menyapa, maka hadapi dgn anggun.Karena rasa itu ibarat belenggu pelangi, dengan begitu banyak warna.Cinta terkadang mbuatmu bahagia, namun tak jarang mbuatmu menderita.Cinta ada kalanya manis bagaikan gula,Namun juga mampu memberi pahit yang sangat getir.Cinta adalah perangkap rasa..Sekali kau salah berlaku, maka kau akan terkungkung dalam waktu yang lama dalam lingkaran derita.


Maka gadis, Agar kau dapat keluar dari belenggu itu.Dan mampu melaluinya dgn anggun..Maka mencintailah dalam hening.Dalam diam..Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari.Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan.Jangan kau umbar rasamu.Jangan kau tumpahkan segala sukamu..


Cobalah merenung sejenak dan fikirkan dgn tenang..Kita percaya takdir bukan?Kita tahu dengan sangat jelas...Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan begitu rapinya?Jadi, apa yang kau risaukan?Biarkan Allah yg mengaturnya,Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..


Cobalah renungkan...Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?


Gadis, kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..Hingga saatnya tiba..Maka, ku ingatkan padamu, tidakkah kau malu jika smua rasa telah kau umbar...Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?Gadis, Karena cinta kita begitu agung untuk di umbar..Begitu mulia untuk di tampakkan..Begitu sakral untuk di tumpahkan..


Dan sadarilah gadis, fitrah kita wanita adalah pemalu,Dan kau indah karena sifat malumu..Lalu, masihkah kau tampak menawan jika rasa malu itu telah di nafikan?Masihkah kau tampak bestari jika malu itu telah kau singkap..Duhai gadis, jadikan malu sebagai selendangmu..Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..Dalam jeruji kesetiaan..Yah.. Kesetiaan padanya yg telah Allah tuliskan namamu dan namanya di Lauhul Mahfuzh..Jauh sebelum bumi dan langit dicipta..

Maka cintailah dlm hening.Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu,Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..Agar kesucianmu tetap terjaga..Agar keanggunanmu tetap terbias..


Maka, ku beritahukan padamu,Pegang kendali hatimu..Jangan kau lepaskan.Acuhkan semua godaan yg menghampirimu..Cinta bukan untuk kau hancurkan, bukan untuk kau musnahkan..Namun cinta hanya butuh kau kendalikan, hanya cukup kau arahkan..

Gadis... yg kau butuhkan hanya waktu, sabar dan percaya..Maka, peganglah kendali hatimu,Lalu..Arahkan pd Nya..Dan cintailah dalam diam..Dalam hening..Itu jauh lebih indah..

Jauh lebih suci..

Andai ditakdirkan tidak bertemu jodohmu di dunia,
Yakinlah bahawa ALLAH telah mentakdirkan 
jodoh yang jauh lebih sempurna di syurga kelak....