Sunday, January 23, 2011

T.A.F.A.K.K.U.R. A.L.A.M.

Assalamualaikum w.b.t.,

Sejauh-jauh mata memandang,
Sedalam-dalam hati merasakan,
Hanya setitik debu yang tertuang,
Dalam syair pujian..

Lepas hati memandang laut-Mu,
Terheran diri pada langit-Mu,
Berjuta kata tak cukup untuk,
Melukis indah-Mu..

Melihat bintang alangkah jauhnya,
Melihat biru alangkah dekatmu,
Melihat hutan,
Melihat gunung,
Siapa menjaga mu?

Mendengar tangis dalam deritamu,
Resahkan dusta dihari-harimu,
Pada siapa air mata ini kan mengadu..

Bumi akan sepi,
Bangga sementara,
Adakah tempat kembali?
Adakah selain Allah?
                     -P.A.D.A. H.A.T.I.
Y.A.N.G. S.E.L.A.L.U. M.E.R.I.N.D.U.K.A.N.-MU-

O.P.I.C.K.

Saturday, January 22, 2011

BiLa AlaM Berbicara...

Asalamualaikum w.b.t,
B.I.L.A. A.N.G.I.N. B.I.C.A.R.A.
Bila angin
kehilangan desirnya
daun-daun kering
takkan mahu
meluruhkan tubuhnya

Bila langit
kehilangan kebiruannya
burung-burung
takkan mahu
mengepakkan sayapnya

Bila sungai
kehilangan kejernihannya
ikan-ikan
takkan mahu
mengibaskan ekornya

Bila bulan
kehilangan sinarnya
malam-malam
akan gelap tanpa cahaya

Bila hutan
kehilangan pohon-pohon
haiwan-haiwan
kehilangan tempat tinggalnya

Bila bukit
kehilangan kehijauannya
sungai-sungai
akan kering selamanya

Bila petani
kehilangan sawah ladangnya
kanak-kanak
akan menitikkan air mata

Bila manusia
kehilangan kemanusiaannya
alam semesta
akan tertimpa bencana
dan bertanya angin kering
"Perlukah memanusiakan manusia?". -
 
 
K.A.L.A.M. M.A.L.A.M. R.E.N.U.N.G.I. A.L.A.M. 

Kau "ALLAH" CAHAYA ATAS CAHAYA..

Sekuat apapun pohon itu tegak berdiri
Perlahan ia pun akan tumbang
Termakan oleh usia atau hempasan angin kencang
Yang menggoyahkan akar-akar di bawahnya …
Ketika saat itu terjadi
Tak pernah kita bayangkan
Betapa hidup ini adalah untuk sementara saja
Atas apapun yang telah menjadi kehendak-Nya …
Ya Allah, Kau cahaya di atas cahaya
Kau telah tentukan sebelumnya, apa yang belum kami rasakan
Ku cuba tuk terus bertahan
Dalam menghadapi segala cubaan-cubaan-Mu …
Dan kami semua tahu
Kami hanyalah hamba-Mu
Yang penuh dengan segala kelemahan dan kekurangan
Sujud kami mengharap pertolongan dari-Mu …
Ya Allah, detik-detik yang Kau ciptakan dalam perjalanan kami
Kami yakin bahwa kan ada hikmah di balik semua itu
Semoga kami bisa bersabar dan berlindung pada-Mu
Tuk selalu mencari cinta, kasih dan redha-Mu di dunia ini …

                                      C.A.H.A.Y.A. A.T.A.S. C.A.H.A.Y.A.

Sunday, January 16, 2011

Hijab KasihMu Ya ALLAH...


Tuhan..
Maafkan hamba kerana selalu mengadu kepadaMU
Maafkan hamba kerana sering menitiskan air mata meminta keputusan dariMU
Kerana hamba tidak sabar menanggung setiap ujian
Kerana hamba tak mampu mencari damai dalam kekalutan
Kerana hamba tak yakin matahati ini perlukan satu jalan yang terang

Tuhan..     
Kosong benar matahati ini
Kanvas nya kosong tak bercorak pelangi
Usang, kelam, merungsingkan…
Suram, pudar, menyakitkan..
Kaku dan bisu walau terlalu ramai berada di sisi
Sunyi dan jauh walau sebenarnya teramat dekat mendampingi
Terasa pincang walau segalanya sudah mencukupi
Sesak dan sempit ruang ku rasakan walau udara memenuhi

Tuhan..
Apa lagi yang hamba inginkan..apa lagi yang diri ini khuatirkan
Warna kelabu memenuhi ruang
Tak nampak jalan pulang..
Kekosongan ini bagaikan mencarik rasa hati
Lebih menyakitkan pabila terasa diri tidak dipeduli
Lantas hamba menyelongkar keinginan matahati yang tidak dipenuhi
Hamba sujud mencari pengertian yang pasti berkali-kali
Malam yang kelam membuai terus rasa hati
Terang dan mendamaikan
Tenang penuh berkeyakinan
Terima Kasih Tuhan

Tuhan..
Ubudiyyah hamba ini untuk mencari jalan pulang
Menggali kembali ketenangan
Menyelongkar semula keyakinan dalam perjuangan
Izinkan hamba TUHAN..
Izinkan diri ini mencari jalan pulang
Buka kan hijab kasihMU seluas-luas nya tanpa batasan
Agar tak pernah lupa Engkau sentiasa memandang..

 ::Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :
"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.


Sunday, January 9, 2011

R.A.P.U.H.

Assalamualaikum w.b.t,

Tak tahu nak cakap apa...
Pada saat ini, hanya diam yang mampu mentafsir segala isi hati...
Berjuang..berjuang..berjuang....tiada henti...

BERJUANG MEMANG PAHIT,
KERANA SYURGA ITU MANIS,
BUKAN SEDIKIT MAHAR YANG PERLU DIBAYAR,
BUKAN SEDIKIT PEDIH YANG DITAGIH

Teringat pada kata-kata sahabat.."hati-hati membawa hati...kerana hatilah punca segala-galanya.."
bicara akal, bahasa hati...bahasa hati sangat susah ditafsiri....
Terdiam seketika..
Kuatkah diri ini?
Mampukah diri ini?

Teringat pada kata-kata yang selalu dipegang
"Hikmah akan sentiasa ada"
"Hati yang remuk redam itulah yang selalu lunak dan mudah untuk kembali kepadaNya"
Bukan segala yang baik pandangan kita, manusia, adalah baik untuk kita...ALLAH telah menentukan segalanya..sejak dari alam roh alam azali lagi...waima kehendak kita juga ALLAH yang tentukan...

Tabahlah duhai hati, jangan pernah engkau merintih,
We're living in a harsh world indeed...dunia akhir zaman...



Monday, January 3, 2011

Lihat Langit Ingat ALLAH....

M.A.R.I. B.E.L.A.J.A.R. D.A.R.I. A.L.A.M.

Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.


Untuk menjelaskan hal ini, mari Pak Ngah terangkan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung. Apa penciptaan Allah yang secara langsung? Apa pula ciptaan secara tidak langsung?
Mari kita lihat ciptaan langsung daripada Allah terlebih dahulu. Antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur-tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah ‘alam semulajadi’. Tetapi hati-hati yang anak-anak, alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya. Semula jadi itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi, Ada antaranya sebelum penciptaan manusia.    
Manakala ciptaan secara tidak langsung pula ialah seperti bangunan, kenderaan, perabot, talipon dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imiginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi. Tetapi ingat, manusia itu dicipta Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian daripada Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung dari Allah.  
Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik  dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Sebab itu selalunya orang beriadah atau berkelah di tepi-tepi tasik, sungai atau bukit. Begitu juga kalau anak-anak bercuti, selalunya memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.  
 Jadi pak Ngah hendak ingatkan, kalau hati kita tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitupun hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.”
Anak-anak tentu pernah mendengar bahawa alam ini sentiasa bertambah luas dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Inilah yang disebut oleh ahli Sains – ‘universe is expanding’ – maksudnya dunia sentiasa berkembang dari segi keluasannya. Ia umpama belon yang terus ditiup setiap hari. Keluasan jagat raya ini tidak statik dan terhenti tetapi sentiasa dinamik dan berkembang.

Begitulah kuasa Allah yang Al Wasi’ (ertinya melapangkan atau meluaskan).  Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya. Jadi, apa kata selepas atau semasa membaca tulisan ini anak-anak jengukkan kepala ke luar tingkap. Pandanglah langit. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al Wasi’ (Maha Meluaskan). Insya-Allah hati anak-anak akan menjadi lebih tenang, malah ilmu, rezki dan lain-lain lagi pun akan menjadi bertambah luas! Amin...


L.I.H.A.T. L.A.N.G.I.T. I.N.G.A.T. A.L.L.A.H.

Sunday, January 2, 2011

Pertunangan Yang Telah Direncanakan ALLAH

Assalamualaikum w.b.t,


Pada masa yang ditetapkan,
Kita pasti dirisik PERTUNANGAN yg azali,
Diakhiri PERKAHWINAN dgn MAUT,
HANTARAN cuma NAZAK & KESAKITAN,
TETAMU bertandang MENGHADIAHKAN TANGISAN,
PENGANTIN dimandikan....
Dipakaikan BAJU PUTIH...
Semerbak haruman GAHARU CENDANA jd penyeri...
pengantin BERSANDING sendiri...
DIARAK mengelilingi kampung...
AKAD NIKAH TALKIN dibacakan...
BERWALIKAN LIANG LAHAD..
BERSAKSIKAN BATU NISAN...
MALAM PERTAMA bersama KEKASIH...
di dalam KAMAR berkelambu TANAH..
MENUNTUT JANJI pernikahan yang azali....


BERSEDIAKAH anda dan saya untuk dilamar MAUT yang PASTI menuntut JANJINYA???

M.A.S.I.H. M.E.N.C.A.R.I. D.I.R.I.
K.E.M.B.A.R.A. H.A.M.B.A. T.I.A.D.A. H.E.N.T.I....