Sunday, January 16, 2011

Hijab KasihMu Ya ALLAH...


Tuhan..
Maafkan hamba kerana selalu mengadu kepadaMU
Maafkan hamba kerana sering menitiskan air mata meminta keputusan dariMU
Kerana hamba tidak sabar menanggung setiap ujian
Kerana hamba tak mampu mencari damai dalam kekalutan
Kerana hamba tak yakin matahati ini perlukan satu jalan yang terang

Tuhan..     
Kosong benar matahati ini
Kanvas nya kosong tak bercorak pelangi
Usang, kelam, merungsingkan…
Suram, pudar, menyakitkan..
Kaku dan bisu walau terlalu ramai berada di sisi
Sunyi dan jauh walau sebenarnya teramat dekat mendampingi
Terasa pincang walau segalanya sudah mencukupi
Sesak dan sempit ruang ku rasakan walau udara memenuhi

Tuhan..
Apa lagi yang hamba inginkan..apa lagi yang diri ini khuatirkan
Warna kelabu memenuhi ruang
Tak nampak jalan pulang..
Kekosongan ini bagaikan mencarik rasa hati
Lebih menyakitkan pabila terasa diri tidak dipeduli
Lantas hamba menyelongkar keinginan matahati yang tidak dipenuhi
Hamba sujud mencari pengertian yang pasti berkali-kali
Malam yang kelam membuai terus rasa hati
Terang dan mendamaikan
Tenang penuh berkeyakinan
Terima Kasih Tuhan

Tuhan..
Ubudiyyah hamba ini untuk mencari jalan pulang
Menggali kembali ketenangan
Menyelongkar semula keyakinan dalam perjuangan
Izinkan hamba TUHAN..
Izinkan diri ini mencari jalan pulang
Buka kan hijab kasihMU seluas-luas nya tanpa batasan
Agar tak pernah lupa Engkau sentiasa memandang..

 ::Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :
"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.


No comments:

Post a Comment