Tuesday, May 24, 2011

Assalamualaikum w.b.t.

S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. I.B.U. B.U.A.T. M.A.T.A.H.A.R.I.K.U.
S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. L.A.H.I.R. B.U.A.T. A.W.A.N. P.E.L.I.N.D.U.N.G.K.U.

S.E.L.A.M.A.T. B.E.R.T.A.M.B.A.H. U.S.I.A. P.E.LA.N.G.I.K.U.

pemandangan indah senja di kampung mak..~

 
 “Bagi saya, ibu umpama matahari yang saban hari tidak jemu memancarkan sinarnya.....dalam gelap pekat malam masih membekal tenaga melalui pancaran cahaya bulan kala malam menjelma..”
“Ayah umpama awan yang bergerak melindungi kita dari panas terik pancaran matahari...redup..memberi ketenangan di jiwa..”

"Sahabat umpama pelangi yang muncul di celah-celah hujan, menceria hari & hati dengan keindahan juga kepelbagaian warnanya.."
“Tanpa M.A.T.A.H.A.R.I., gelaplah dunia, tanpa A.W.A.N. menderitalah manusia, tanpa P.E.L.A.N.G.I. bekulah jiwa...”

********
Ibu, zahirnya kurniaan Ilahi,
Kasihnya tulus suci, tiada bertepi,
Lahir dari hati nurani,
Mendidik,menjaga,mengasihi sepenuh hati,
Umpama bidadari syurga turun ke bumi,
Hadirnya penyejuk, penghibur hati.
Senyumnya, riangnya,
Setiap hari, memancar terik, umpama Sang Suria,
Senyumnya, riangnya,
Menghangat, menghidup jiwa..
Tatkala sakit pedih, hatinya merintih,
Masih, garis senyum terukir pada bibirnya..
Buat anak-anak,
Permata Hati Emak....K.A.T.A.N.Y.A.

Dialah M.A.T.A.H.A.R.I.K.U...
Dialah I.B.U...

**********

Dia...bapa,
Tiada galang gantinya,
Walau kucari ke hujung dunia,
Tetap takkan kujumpa ganti dirinya,

Walau ada silapnya,
Walau wujud cacatnya,
Walau mungkin kuterima luka daripadanya,
Itu, tidak mampu menjadi bandingan jasanya.

Dalam tegasnya,
Ada Kelembutan,
Dalam tegasnya,
Kulihat ada kasih sayang....

Bapa baik tiada ganti,
Hilang nanti entah dimana hendak kucari,
Sungguh berjasa takkan mampu kubalas,
Sesungguhnya dia kukasihi sepenuh hati.

Aku daripadanya,
Datang dari benihnya,
Kewujudannya,
Mewujudkan aku...

Dialah A.W.A.N. P.E.L.I.N.D.U.N.G.K.U....
Dialah B.A.P.A...
***********


-DOA UNTUK IBU BAPA-
 
Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
 
Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
 
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
 
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
 
**********


“Ya ALLAH, jika bukan Kau yang memakbulkan doaku, maka siapa lagi yang akan memakbulkan doaku ya ALLAH?
Jika bukan Kau yang mendengar doaku, maka siapa lagi yang akan mendengar doaku ya ALLAH?
Jika bukan Kau yang menjagaku, maka siapa lagi yang akan menjagaku ya ALLAH?
Jika bukan Kau yang memandangku ya ALLAH, maka siapalah yang akan memandangku ya ALLAH?
Kau sahaja tempat aku bergantung harap, maka perkenankanlah segala permintaanku, ya ALLAH...

p/s: Selamat bertambah usia wahai pelangi J.A.S.M.I.N. BT. J.A.R.A.E.E., semoga pertambahan usia diberkati Ilahi, semoga dipanjangkan umur dalam ketaatan, dimurahkan rezeki di dunia & akhirat, dikurniakan jodoh, zuriat keturunan yang soleh solehah, dilimpahi & sentiasa dinaungi rahmat & kasih Ilahi....
D.I. H.A.T.I.N.Y.A. I.B.U. & A.Y.A.H.
A.D.A
-R.I.M.B.U.N.A.N. D.E.D.A.U.N. K.A.S.I.H.- 

Thursday, May 5, 2011

K.I.S.A.H. K.I.T.A.-K.A.S.I.H. S.A.M.P.A.I. S.Y.U.R.G.A.

Assalamualaikum,

Jari jemari seakan kaku hendak melakar seputar kisah kehidupan para pelajar di pusat asasi UNIMAS ini. Kenangan sepanjang berada di sini, terus bermain di ruang kotak ingatan, seperti mesin rekorder yang terus menerus berputar...
Mengabdikan sepenuh minggu ini untuk berkhidmat kepada keluarga, menggalas kembali tugas-tugas yang telah lama ditinggalkan, saya akhirnya mengambil keputusan untuk mencuri masa menghias teratak kecil kesayangan dengan coretan kehidupan sepanjang berada di UNIMAS. Coretan kali ini khas saya tujukan buat sahabat-sahabat yang telah banyak mengajar saya erti kehidupan.

Dalam kehidupan, ada 1001 cerita,
Kadangkala ada terlepas daripada pandangan,
Sungguh yang untung hanyalah yang belajar daripadanya,
Kugerakkan jemari menaip ceritera,
Bukan untuk dihayati sebagai halwa hanya,
Hajatku besar melakar layar,
Mendekatkan hamba kepada Tuhannya,
Sungguh rugi mereka yang meninggalkan-Nya,
Justeru, kuharap cerita ini
Mampu membangkitkan jiwa hamba,
Dalam apa jua lapangan pemberian-Nya
-HILAL ASHRAF-
-M.A.T.A.H.A.R.I-
*********
Dalam kegembiraan mengira detik mengakhiri peperiksaan terakhir di asasi, hati terpukul, tiba-tiba terasa kekosongan, sebak melanda..seakan tidak percaya saat perpisahan bakal menjengah tiba...dahulu, hati pernah meruntun saat tiba akhir SPM, tujuh hati terpisah, sebelum masuk asasi, tujuh lagi hati terpisah, di sini, saya temui tujuh lagi hati...terima kasih ya ALLAH..

Mengenang kembali setahun yang penuh suka duka, tangis tawa, jerih perit, kebanyakan masa dihabiskan bersama sahabat...saya melihat ramai sahabat yang sudah berubah, syukur ya ALLAH, bantulah mereka ya ALLAH, semoga mereka istiqamah..saya bimbang, andai tugas yang telah diamanahkan kepada saya, tidak dijalankan dengan sebaiknya..saya bimbang andai pada hari kebangkitan kelak, saya dipersoalkan dengan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya..saya akui..saya kalah..airmata ini tumpah buat kesekian kali yang sudah tidak terhitung jumlahnya...
Pertama kali menjejakkan kaki di bumi UNIMAS, saya dapat mengagak satu tahun ini akan jadi sesuatu yang bakal saya kenang sehingga tibanya yaumul mahsyar kelak. Sepanjang hidup, ini adalah pengalaman pertama saya menjadi penghuni asrama, dan sanggup saya katakan, walau ditawar ke Mesir, matrikulasi, pengalamannya tidak akan sama seperti yang telah saya perolehi di sini...yang saya gelar T.A.R.B.I.A.H. B.U.M.I. K.E.N.Y.A.L.A.N.G.

Melalui minggu aluan pelajar,saya mula mengenali beberapa orang sahabat yang saya kira sangat-sangat-sangat prihatin dan penyayang...itulah dia rakan sekumpulan saya, NURHIDAYAH BT. HASSAN, FARRAH SUHANA BT. MAHFUL, AISYAH MUNIRAH BT. HASBULLAH, MARYAM BT. SILAHUDDIN, NURLIYANA BT. KHIRUDIN...juga rakan-rakan yang lain..sanggup menjaga dalam kondisi saya yg kurang stabil masa tu..
Sekarang, ingin saya perkenalkan satu-satu rakan, sahabat, teman, taulan, partner yang telah mewarnai kehidupan saya sepanjang berada di UNIMAS ini, seperti P.E.L.A.N.G.I. yang mewarnai langit bumi di celah hujan yang kian menghilangkan diri...yang sudi menerima kehadiran saya apa adanya....
Subhanallah, indah percaturan ALLAH, bagaimana kami ditemukan..

DZATUL AQIDAH SA’AHMAD
Sahabat yang sudah lama saya kenali, dari tingkatan empat lagi. Teman seusrah.Teman ke masjid. Mempunyai perwatakan yang saya kira seperti seorang kakak, sangat tegas, kadang-kadang boleh jadi sangat di ‘luar jangkaan’ (^-^), seringkali digelar penghuni ketiga bilik AA32, kerana suka menggelar bilik kami sebagai ‘dapur’nya. Pertama kali saya mengenali dzatul adalah sebagai ketua kelas kami, jadi di sini, saya lebih mengenali dirinya yang sebenar.Semoga sentiasa istiqamah dalam perubahan.  Saya doakan rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kehidupan kamu dzatul. Terima kasih sebab selalu tolong orderkan makanan petang-petang.. (^-^)
DAMIA FARZANA ISMAIL
Sahabat yang sangat-sangat-sangat sempoi, damiaaa, saya rindu damia...pertama kali ditemukan dalam usrah dengan kak cak. Sahabat yang saya kira sangat mirip kepada perwatakan kakak saya, sering berkongsi cerita mengenai keluarga bersama-sama, sangat menyukai filem Hindustan (^-^). Seorang yang genius, selalu menjadi tempat rujukan dalam pelajaran. Teman lab kimia, kelas English..rindu saat-saat berjaga lewat malam utk siapkan bahan pameran dgn damia..rindu nak minum lewat malam dgn damia..saya doakan damia bahagia selalu disamping keluarga tercinta..
NORDIYANA MOHD. AMIR
Sahabat yang paling tinggi antara kami, mungkin juga paling tinggi antara pelajar perempuan asasi, gadis sabah kacukan cina, cukup ceria dengan perwatakannya yang sentiasa happy-go-lucky, kombinasi pasangan roommate yang comel dengan naiemah, geng keras damia, aini, fazlin..terima kasih sebab selalu bagi tunjuk ajar, selalu menceriakan hari saya..saya akan selalu ingat amoi..semoga berjaya dalam apa lapangan pun yang ALLAH beri..
NIK NURNAIEMAH NIK MUHAMMAD NASIR
Roommate diyana, kwn Terengganu saya yang pertama dalam hidup...seorang yang saya kira sangat comel, sebab dia sangat suka kumpul barang-barang yang comel-comel belaka..belajar cakap Terengganu dengan naimah memang seronok, berbual dengan naimah bukan sekadar bualan kosong, bualan penuh makna.. sering menjadi tempat saya meluah cerita,pengalaman..seorang pendengar yang sangat baik. Semoga kasih sayang ALLAH sentiasa mengiringi naimah & keluarga naimah..
NAJWA ABD.LATIF & NURJANNAH MOHD. SAFIEE
Saya hanya mampu tersenyum apabila mengenangkan pasangan roommate ni, satu sahaja yang mampu saya katakan mengenai mereka berdua..pasangan roommate paling sweet..seringkali buat saya ketawa sampai tak bersuara..sama-sama prihatin..sama-sama penyayang..terima kasih atas ingatan ini..(^-^) semoga kamu berdua ditemukan lagi satu hari kelak..semoga ALLAH kurniakan kamu berdua pasangan yang cukup prihatin & penyayang sama seperti kamu satu hari nanti..semoga berjaya dunia akhirat..
SITI MASTURA KAWAEED
Umpama kakak, ibu buat saya semasa di asrama..seringkali menjadi tempat saya bercerita, berkongsi pendapat, meminta nasihat...rindu mas baring dekat atas riba saya masa dekat masjid, jalan sama-sama balik masjid, duduk sama-sama dalam kelas matematik, sama-sama kelam kabut buat soalan matematik..terlalu banyak kenangan..terima kasih sebab sudi jadi teman saya meluah perasaan..selalu bertukar kisah hidup...banyak yang saya belajar dari mas..semoga ALLAH meredhai persahabatan kita, semoga mas & keluarga sentiasa bahagia Abadan abadaa’ fi dunnya wal akhirat..
JASMIN JARAEE
Kawan yang paling lama telah saya kenali..senyuman takkan lekang dari mulut setiap kali mengingati sahabat yang seorang ini...dari tingkatan satu saya mengenali jasmin, memang seorang yang unik, saya kira...sangat suka kepada kucing, bermain gitar hobinya, berblogging, sangat kreatif dalam apa jua yang dilakukan, seorang yang tak suka memujuk & tak pandai memujuk, tetapi sangat sweet orangnya..sangat petah berbicara, bijak mengeluarkan kata-kata, berminda seorang da’ie, menjadi rujukan ramai teman..suka menakut-nakutkan dzatul dengan kucing..saya akan merindui segalanya yang berkaitan dengan kamu,gelak tawa bilik AA32.....terima kasih kerana sudi menjadi roommate saya sepanjang dua semester ini...terima kasih sebab sudi menampung segala kelemahan saya selama ini..minta maaf jika ada khilaf sepanjang persahabatan kita.... saya doakan semoga kamu sentiasa istiqamah dalam perubahan..semoga ALLAH sentiasa melindungimu wahai jasmin..semoga berjaya dunia akhirat..my best wishes are for you my dear..





                                                  -K.I.N.I. H.A.N.Y.A. K.E.N.A.N.G.A.N.-
Saya memohon maaf andai ada khilafnya sepanjang persahabatan kita, terima kasih atas memori ini...memori K.I.S.A.H. K.I.T.A..
MAJIDAH BUJANG, SYAFIQAH ISMUINI, TIARA ABDULLAH, NORA MIRANTI ALDI, AMNI AMIRAH ISMAIL, MARYAM ZULKIPLI, NUR KHAIRUNNISA MUSA, NIA NATASHA TIPOL, NABILLA ATHIEQA MAHDZAR


Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat sahabat-sahabat sedari bangku sekolah yang tak henti-henti memberi sokongan walaupun kita jauh terpisah. Semoga kasih sayang ALLAH sentiasa bersama kamu semua  walau dimanapun kamu berada.
Saya tak mampu untuk memberi hadiah yang mahal, hanya doa yang mampu saya kirimkan sebagai tanda ingatan saya buat kamu semua, semoga kamu sentiasa dalam naungan kasih ALLAH ,sehingga saatnya nafas saya terhenti..
Doa saya, walau siapapun yang saya jumpai, sahabat baru mahupun sahabat yang telah lama saya kenali, semoga rahmat ALLAH sentiasa mengiringi kamu semua... Semoga kita sentiasa menjadi sahabat...sahabat pada jalan ALLAH...insyaALLAH..
"You never leave someone behind, you take a part of them with you and leave a part of yourself behind." (^-^)

-K.I.S.A.H. K.I.T.A.-
-K.A.S.I.H. S.A.M.P.A.I. S.Y.U.R.G.A.-