Tuesday, November 9, 2010

Siapakah Golongan Haba'ib,Ahlul Bayt....Majlis Haul?Pengisiannya?

Assalamualaikum w.b.t,
Setelah buat pertama kalinya mengikuti majlis Haul Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani, golongan yang dicintai junjungan mulia Rasulullah S.A.W. hati kecil ini tertarik untuk menukil tinta mengenai golongan haba’ib, golongan ahlul bayt.
  Kita sering mendengar istilah "Ahlul Bayt Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam" dari dahulu lagi dan status mereka (Ahlul Bayt) di zaman kini seakan-akan tiada diberi perhatian yang khusus sebagai rujukan terbaik Sunnah Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam.

Mari kita kongsi maklumat :-

1) Apakah yang dimaksudkan oleh istilah "Ahlul Bayt" itu?

2) Mengapa Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam menekankan peri pentingnya Ahlul Bayt ini beserta bukti-bukti yang kukuh?

3) Apakah kelebihan mereka sehingga mereka sebegitu istimewa di sisi Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam?

4) Bagaimanakah untuk mengenali Ahlul Bayt itu?

5) Apakah mereka itu sebahagian dari silsilah Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam?

sabda Nabi sallalahu 'alaihi wasallam :

    "Amma ba'du, Perhatikan! Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia (seperti kalian) yang sudah hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, lalu aku menyambut. Dan, aku tinggalkan pada kalian dua hal yang besar; Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala (al Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpedomanlah dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan berpegang teguhlah dengannya."



Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menggalakkan kepada kita untuk berpedoman dengan Kitab ALLAH subahanahu wa ta'ala dan menyukainya.

Kemudian Baginda bersabda,

    "Dan semua keluargaku; aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku." Lalu Saidina Husain radiyallahu 'anhu bertanya, "Siapakah keluarga Baginda sallallahu 'alaihi wasallam wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda sallallahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga?" Dia (Zaid radiyallahu 'anhu) menjawab, "Isteri-isteri Baginda sallallahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi, keluarga Baginda sallallahu 'alaihi wasallam adalah orang-orang yang haram menerima sedekah." Saidina Husain radiyallahu 'anhu bertanya kembali, "Siapa mereka?" Dia menjawab, "Keluarga Saidina Ali radiyallahu 'anhu, keluarga Saidina 'Uqail radiyallahu 'anhu, keluarga Saidina Ja'far radiyallahu 'anhu, dan keluarga Saidina Abbas radiyallahu 'anhu" . Saidina Husain radiyallahu 'anhu bertanya, "Semua mereka ini haram menerima sedekah?" Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) pun menjawab, "Benar."

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 366; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlmn 1873).
Segalanya berdasarkan kepada ayat Ath-Thathhir (Penyucian) di dalam surah al-Ahzab: 33 yang berbunyi


                                        
اِنمَّاَ يُريِدُ اللهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهِيرا
"Sesungguhnya Allah bermaksud semata-mata mahu menghilangkan dosa dari kalian semua wahai Ahlul Bait dan menyucikan kalian sesuci-sucinya"

Ahlul Bait adalah perkataan bahasa arab yang bemaksud ahli rumah atau keluarga. Pengertian ini menunjukkan kepada ahli keluarga Nabi s.a.w tanpa sebarang pengecualian samada yang kafir atau sebaliknya. Dari itu, dapatlah disimpulkan bahawa pengertian Ahlul Bait dari sudut bahasa
ini tidak sesuai untuk dijadikan ukuran dalam perbahasan ini. Seterusnya, dapat juga dirumuskan bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan Nabi merupakan individu-individu pilihan Allah dan Rasul-Nya.

Sebuah hakikat yang tidak mungkin akan dinafikan oleh sesiapa bahawa Ahlul Bait yang dimaksudkan di dalam ayat Thathhir tersebut adalah Nabi s.a.w, Ali bin Abi Thalib, Fatimah az-Zahra`, Hasan bin Ali dan Husein bin Ali.

Para ulama tafsir berserta hadits-hadits yang meriwayatkan tentang kenyataan ini sangat kuat dan jitu. Lebih kurang 24 orang para sahabat yang telah mengakui kebenaran ini. Diantaranya imam Ali, imam Hasan, imam Husein, Abdullah bin Ja`afar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Anas bin Malik, Sa`ad bin Abi Waqqas, Abu Hamzah dan Mughaffal.

Sementara para ulama Sunni diantaranya Jalaluddin as-Suyuthi asy- Syafi`ie – pengarang tafsir ad-Durul Mantsur – telah membawakan periwayatan mengenainya sebanyak 20 riwayat. Hal ini dilakukan juga oleh ath-Thabari – penulis tafsir Sunni pertama – dan Ibnu Katsir. Kedua-dua mereka telah mencatat dalam karya tafsir masing-masing tidak kurang dari 15 riwayat dari rantai sanad yang berbeza.

Ahlul Bait yang Allah s.w.t sebutkan dalam ayatNya tersebut adalah sebagai menunjukkan kepada satu golongan keluarga Nabi yang terpilih dari bilangan mereka yang besar. Ahlul Bait kalau dalam ertikata bahasa memang bermaksud keluarga Nabi tapi demi untuk membezakan antara keluarga Nabi yang suci dan tidak maka Allah s.w.t menyebutnya di dalam al-Quran dan memerintahkan nabi menunjukkan siapakah gerangan individu pilihan tersebut.
Hakikatnya, sebab utama Allah s.w.t memilih kalangan keluarga Nabi s.a.w untuk disucikan kerana mereka bakal menjadi gandingan al-Quran sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
يا ايُّهَا النَّاس اِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُم مَا اِنْ أخَذْتُمْ بِهِ لَن تَضِلُّوا: كِتاَبُ الله وعِترَتِي أهل بَيتِي

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku"

MAJLIS HAUL IMAM Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad 
Majlis ini diadakan untuk memperingati peninggalan seorang Mujaddid Islam abad kedua belas Hijrah, All-Habib Abdullah bin Alawi bi Muhammad Al-Haddad atau nama ringkasnya Imam Al-Haddad. Beliau terkenal sebagai sesorang yang mengandungi ilmu yang luas lagi bermanfaat. Bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan kepada sesiapa sahaja tanpa batasan zaman atau umur. Kehilangan daya penglihatannya dari umur empat tahun telah digantikan Allah SWT dengan kebolehannya yang luar biasa menyerap ilmu dan meyebarluaskannya
Apa faedahnya kita menghadiri majlis haul ni? Maka jawabnya, banyak faedahnya. Pada ghalibnya, acara yang berlaku di dalam majlis haul adalah:
Membaca dhikruLlah secara beramai-ramai, sepertimana ketika haul Imam al-Haddad akan dibaca Wirdullathif dan Ratib al-Haddad
Membaca Yasin atau mengkhatam al-Quran dan pahalanya dihadiahkan kepada shohibul haul
Membaca manaqib shohibul haul,
Dapat duduk bersama ulama dan mendengar nasihat dan peringatan daripada mereka
Membaca petikan dari kitab-kitab karangan shohibul haul, dan banyak lagi....
Sekian sahaja nukilan buat tinta kali ini, insyaALLAH akan disambung dalam kalam seterusnya....
Wabillahitaufiq walhidayah.....ma’assalamah....~(^-^)

No comments:

Post a Comment