Tuesday, May 24, 2011

Assalamualaikum w.b.t.

S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. I.B.U. B.U.A.T. M.A.T.A.H.A.R.I.K.U.
S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. L.A.H.I.R. B.U.A.T. A.W.A.N. P.E.L.I.N.D.U.N.G.K.U.

S.E.L.A.M.A.T. B.E.R.T.A.M.B.A.H. U.S.I.A. P.E.LA.N.G.I.K.U.

pemandangan indah senja di kampung mak..~

 
 “Bagi saya, ibu umpama matahari yang saban hari tidak jemu memancarkan sinarnya.....dalam gelap pekat malam masih membekal tenaga melalui pancaran cahaya bulan kala malam menjelma..”
“Ayah umpama awan yang bergerak melindungi kita dari panas terik pancaran matahari...redup..memberi ketenangan di jiwa..”

"Sahabat umpama pelangi yang muncul di celah-celah hujan, menceria hari & hati dengan keindahan juga kepelbagaian warnanya.."
“Tanpa M.A.T.A.H.A.R.I., gelaplah dunia, tanpa A.W.A.N. menderitalah manusia, tanpa P.E.L.A.N.G.I. bekulah jiwa...”

********
Ibu, zahirnya kurniaan Ilahi,
Kasihnya tulus suci, tiada bertepi,
Lahir dari hati nurani,
Mendidik,menjaga,mengasihi sepenuh hati,
Umpama bidadari syurga turun ke bumi,
Hadirnya penyejuk, penghibur hati.
Senyumnya, riangnya,
Setiap hari, memancar terik, umpama Sang Suria,
Senyumnya, riangnya,
Menghangat, menghidup jiwa..
Tatkala sakit pedih, hatinya merintih,
Masih, garis senyum terukir pada bibirnya..
Buat anak-anak,
Permata Hati Emak....K.A.T.A.N.Y.A.

Dialah M.A.T.A.H.A.R.I.K.U...
Dialah I.B.U...

**********

Dia...bapa,
Tiada galang gantinya,
Walau kucari ke hujung dunia,
Tetap takkan kujumpa ganti dirinya,

Walau ada silapnya,
Walau wujud cacatnya,
Walau mungkin kuterima luka daripadanya,
Itu, tidak mampu menjadi bandingan jasanya.

Dalam tegasnya,
Ada Kelembutan,
Dalam tegasnya,
Kulihat ada kasih sayang....

Bapa baik tiada ganti,
Hilang nanti entah dimana hendak kucari,
Sungguh berjasa takkan mampu kubalas,
Sesungguhnya dia kukasihi sepenuh hati.

Aku daripadanya,
Datang dari benihnya,
Kewujudannya,
Mewujudkan aku...

Dialah A.W.A.N. P.E.L.I.N.D.U.N.G.K.U....
Dialah B.A.P.A...
***********


-DOA UNTUK IBU BAPA-
 
Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
 
Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
 
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
 
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
 
**********


“Ya ALLAH, jika bukan Kau yang memakbulkan doaku, maka siapa lagi yang akan memakbulkan doaku ya ALLAH?
Jika bukan Kau yang mendengar doaku, maka siapa lagi yang akan mendengar doaku ya ALLAH?
Jika bukan Kau yang menjagaku, maka siapa lagi yang akan menjagaku ya ALLAH?
Jika bukan Kau yang memandangku ya ALLAH, maka siapalah yang akan memandangku ya ALLAH?
Kau sahaja tempat aku bergantung harap, maka perkenankanlah segala permintaanku, ya ALLAH...

p/s: Selamat bertambah usia wahai pelangi J.A.S.M.I.N. BT. J.A.R.A.E.E., semoga pertambahan usia diberkati Ilahi, semoga dipanjangkan umur dalam ketaatan, dimurahkan rezeki di dunia & akhirat, dikurniakan jodoh, zuriat keturunan yang soleh solehah, dilimpahi & sentiasa dinaungi rahmat & kasih Ilahi....
D.I. H.A.T.I.N.Y.A. I.B.U. & A.Y.A.H.
A.D.A
-R.I.M.B.U.N.A.N. D.E.D.A.U.N. K.A.S.I.H.- 

No comments:

Post a Comment