Saturday, October 16, 2010

Merenung & Bersyukurlah...Ya ALLAH, Do Forgive Me When I Whine..

Assalamualaikum w.b.t...
Dimulakan dengan selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat & kaum keluarga baginda....
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang ALLAH kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan Negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan ALLAH kepada anda.
....sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat ALLAH, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.....(Ibrahim :34)
Demikian besar nikmat ALLAH yang telah dianugerahkan kepada anda, termasuk diri saya yang hina ini. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan ALLAH untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
....Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin...(Luqman :20)
Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? (Ar-Rahman :13)
Apakah anda mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?
            Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana ALLAH menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan;dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda dengan seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?
            Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup da;am ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan keihatan anda yang stabil.
            Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahl anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Apakah kalian tidak memperhatikannnya?
(Adz-Dzariyat :21)
            Lihatlah diri anda, keluarga tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan :
Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari ALLAH, tetapi mereka mengingkarinya...(An-Nahl :83)

Ya ALLAH,sesungguhnya nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami tidak terhitung, luasnya bak lautan yang tidak bertepian...cuma kami hambaMu, masih tidak menyedari..alpa..leka...

CUBA kita SAMA2 RENUNGKAN,
ALLAH kurniakan kita UDARA untuk BERNAFAS setiap SAAT,
ALLAH kurniakan kita ALAM supaya kita dapat memerhati & mengkaji KEBESARAN-NYA,
ALLAH kurniakan kita HATI & PERASAAN KASIH SAYANG yang merupakan salah satu KEAGUNGAN SIFATNYA ,
ALLAH jadikan KITA sebaik-baik CIPTAAN-NYA& mengangkat darjat manusia supaya manusia lebih bertakwa kepadaNya...

PERNAHKAH kita MEMBERI apa-apa KepadaNya setelah mendapat segala-galanya????
So, which of ALLAH's  favour CAN we DENY??

YA ALLAH,Forgive Me When I Whine.........

No comments:

Post a Comment