Monday, September 6, 2010

Hikmah Sentiasa Ada

Apabila kamu lihat segala-galanya daripadaNya
Yang Maha Pencipta, Yang memberikan ujian,
Yang menjadikan sakit, yang membuat...
keinginan terhalang serta menyusahkan hidup...
Apakah ALLAH mentakdirkan segala-galanya sia-sia?
Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu....
Itulah yang DIA inginkan, kerana DIA tahu.....
hati beginilah yang selalu lunak dan mudah
untuk dekat dan akrab denganNya,
Bukankah sering hati terasa amat keras dan sukar mengalirkan air mata?
Bersyukurlah....
Bukan jalanmu tertutup.
Cuma jalanmu dipayahkan oleh-Nya.
Mungkin dengan cara itu kamu
lebih dekat denganNya.....
Yakinlah,
ALLAH sentiasa mengkehendaki,
kebaikan untuk hamba-hambaNya.
Tabahlah wahai hati.
Rasakanlah kebahagiaan lain terasa begitu indah.
Melebihi kebahagiaan ketika hati pun berasa begitu.. 
Iaitu kebahagiaan kesempatan bersimpuh
dan memohon lebih besar....
Dalam hidup, terkadang lebih banyak mendapat apa yang diinginkan
terkadang tidak membuat hidup menjadi lebih bahagia.
Hanya ALLAH Yang Maha Mengerti.....
Bersabarlah duhai Nisa'. Kasih sayang ALLAH begitu besar untuk kamu........

~Tahajud Cinta Nisa~



No comments:

Post a Comment